5 Mei 2016

Jeans101: Sanforized, Unsanforized, dan Rigid Jeans

Sanforized adalah terma yang digunakan oleh pengeluar jeans merujuk kepada proses denim diregang (stretched), dikekal (fixed), dan dikecutkan (shrunked) dari segi panjang (length) semasa fabrik dibuat. Unsanforized adalah sebaliknya dan sering dirujuk sebagai 'loomstate' atau Shrink to Fit (STF).


Sanforized vs. Unsanforized Jeans

Jeans yang sudah menjalani proses sanforized kurang mengecut selepas cucian kali pertama - mengecut lebih kurang 1% ke 3% berbanding unsanforized yang akan mengecut sekitar 10% dari saiz asal. Proses sanforized membolehkan saiz seluar jeans kekal hampir sama. Bagi jeans unsanforized, saiz akan mengecil, sebagai contoh saiz pinggang 35 inci akan mengecut sehingga hampir 1 inci menjadikan ukurlilit pinggang menjadi 34 inci selepas dicuci. Begitu juga saiz bahagian yang lain seperti peha dan kaki seluar. Kebanyakan jeans STF mempunyai saiz pinggang 35 inci sebagai saiz model. Apabila dicuci akan mengecut menjadi saiz 34.

Proses sanforized juga menyebabkan kain atau fabrik denim menjadi lembut. Jika dilihat pada gambar di atas, jaluran pada sulaman kain agak renggang seperti ada 'lorong-lorong' dan ini menyebabkan fabrik jeans menjadi lembut dan kurang mengecut - sudah diregang dan ditetapkan (streched and fixed). Unsanforized pula adalah keadaan asal selepas fabrik dibuat. Ia agak padat dan biasanya agak 'keras' atau 'kasar'. Kepadatan pada 'loom' fabrik menyebabkannya mengecut lebih banyak berbanding sanforized apabila dicuci akibat serapan air dan proses pengeringan.

Rigid Jeans 

Rigid jeans adalah merujuk kepada jenis fabrik seperti raw atau dry denim. Fabrik ini sedikit tegang (stiff) dan bukanlah unsanforized atau STF. Jeans rigid hanya akan dirasakan lembut selepas 4 ke 5 kali cucian. Untuk mengekalkan kondisi rigid, jeans perlu dicuci dengan cara tertentu. Kelebihan yang ada pada jeans rigid ialah bentuk dan saiz jeans tidak banyak berubah/mengecut dan mengekalkan bentuk jeans. Kebanyakan jeans rigid berwarna navy blue, dark blue, dark indigo, black, hampir sama seperti warna raw denim namun characternya berbeza.